|
HURUF UDA
Menunjukkan lokasi sekolah dalam Bandar Baru UDA
OBOR SKKU
Menggambarkan semangat pengajaran dan pembelajaran yang berterusan berkobar dengan maraknya laksana jamong.
HURUF A
Menjadi teras atau fokus utama menonjolkan kata-kata ‘Amanah Kepada Allah'
USAHA, DISIPLIN, AMANAH
Cogan kata menjadi tonggak panduan menuju kejayaan.
BAHAGIAN RUNCING MENGAPIT COGAN KATA
Menggambarkan senjata untuk hidup berjaya adalah melalui USAHA, DISIPLIN dan AMANAH.
WARNA( PUTIH, KUNING, BIRU, MERAH )
Putih – Kesucian Hati
Kuning – Taat Setia
Merah – Berani
Biru – Perpaduan
Lambang dan motto sekolah telah direka oleh Encik Anip bin Mohd Said. Lambang ini menggambarkan segala aspek aktiviti sekolah untuk melahirkan murid-murid yang berjaya disamping menjadi insan kamil yang berakhlak mulia. |