|
KAMI WARGA
SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS UDA, JOHOR BAHRU
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
- Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
- Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab, ikhlas, jujur dan produktif.
- Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan dan sentiasa menepati masa.
- Memastikan setiap guru dan staf sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
- Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
- Memastikan kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibu bapa/penjaga, masyarakat, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Negara dan Kerajaan.
- Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberikan perhatian serta tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
- Memastikan semua murid berada di dalam keadaan selamat dan selesa serta mendapat layanan yang sama dan terbaik.
- Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan murid yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
SEKIRANYA ANDA KURANG PUAS HATI, SILA HUBUNGI
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
JKR 413, JALAN GLENDENING
80100 JOHOR BAHRU
TEL. NO: JB 07-2236332 / 2268721 |